My bLoG

Wednesday, October 20, 2010

Funny(^_^)

Posted by SHAKIRIN at 11:48 AM
Guru tadika  :Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid :Nampak cikgu.
Guru tadika  :Pen ada kan ?
Murid-murid :Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika  :Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid :Tak nampak cikgu.
Guru tadika  :Pen ada tak?
Murid-murid :Tak ada cikgu.
Guru tadika  :Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid :Tak nampak cikgu.
Guru tadika  :Tuhan ada tak?
Murid-murid :Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi,dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin           :Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika :Boleh,mari ke depan.
Amin           :Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid:Nampak.
Amin           :Cikgu ada kan ?
Murid-murid:Ada.
Amin           :Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid :Tak nampak.
Amin           :Cikgu ada otak tak?
Murid-murid :Tak ada.

0 comments:

Post a Comment